Tuesday, 22 October 2013

SEJAK PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH DIKENALI RAMAI

HYE SEMUA.....


Ape kabo you all..yg paling terakhir aqu menulis kat dalam Blog ni adalah mengenai PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH.Ok kite flash back again ea..
kan aqu dah bilang yang Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh telah mengharumkan nama dalam ANUGERAH BELIA NEGARA 2013 Kategori Pertubuhan Belia..
Sekarang ni aqu nak cerita sejak Belia itu memenangi anugerah itu ramai persatuan-persatuan yang lain ingin melawat tempat kami...terlalu ramai kunjungan mesra yang kami terima & kami amat bersyukur menerima para-para tetamu semua...

ANTARA PIALA KEMENANGAN 

LAWATAN PERSATUAN LAIN

 AKTIVITI PERSATUAN


 INI SEMUA ANTARA KERATAN AKHBAR

OKlah cukup lah untuk hari ini.lagipon aqu masih banyak kerja yang perlu dibuat..
lain kali ade masa aqu coretkan lagu ok =D


Monday, 7 October 2013

PERSATUAN BELIA MAYC SIMPANG BEKOH


HYE U ALL

Kat sini nak kongsi sikit tentang pengalaman aku sepanjang di dalam berpersatuan ni..
Sebenarnya aku adalah salah seorang ahli dalam PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH..Persatuan MAYC adalah satu semangat dalam kehidupanku..sejak aku menyertai @ lebih erti kata lain lagi kehidupanku banyak berubah..contohnya aku lebih mengenali dunia luar n mengenali orang ramai yang tak pernah ku kenali selama ini.
Boleh di katakan kejayaan aku sekarang ini adalah tempias dari PERSATUAN MAYC itu sendiri..
PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH telah ditubuhkan sejak 10 tahun lagi..Sejak di tubuhkan PERSATUAN ini amatlah aktif dengan aktiviti yang boleh dikatakan setiap bulan pasti ade jer yang akan dilakukan..



Sejak penubuhan PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH ini sudah banyak kemenangan yang telah kami perolehi antara satu adalah seperti NAIB JOHAN dalam KATEGORI PERTUBUHAN BELIA di dalam ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012.manakala pada tahun 2013 pula Persatuan kami telah memenangi  & di nobatkan sebagai JOHAN dalam KATEGORI PERTUBUHAN BELIA di dalam ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2013.Dan saat yang paling manis sekali sehingga membanggakan & mengharumkan nama Negeri Melaka adalah Kemenangan kami JOHAN PERINGKAT ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2013 di dalam KATEGORI PERTUBUHAN BELIA..Yang paling manis adalah kami mendapat kejuaraan itu di saat Persatuan kami genap mencapai 10 tahun penubuhannya...itulah saat yang paling tak boleh dilupakan sehingga kini..






Diriku juga telah di nobatkan sebagai BELIAWANIS HARAPAN bagi tahun 2013..
dengan itu membuatkanku bertambah semangat untuk terus berusaha & memajukan diri..




Thursday, 5 September 2013

JOM CUTI-CUTI MALAYSIA




HELLO U ALL
Selamat Pagi CIKGUUUU...hehehe dah mcm Upin Ipin lak..huhu
good Morning n Salam satu Malaysia..
ok meh jom kita TEROPONG tempat-tempat yang INDAH DI MALAYSIA..
mana tahu klu ade yang berkenan bole kita GO TO HOLIDAY..hehe


































cantik kan semua tempat-tempat ni ape lagi moh kita beramai-ramai meriahkan tempat ni.
rugi sape yang tak pernah jejak kan kaki ke tempat yang indah di Malaysia..
tak semestinya klu kita nak pegi bercuti mesti ke luar Negara aje di tanah air kita sendiri pon dah cukup menarik untuk menenangkan fikiran n minda..
so moh kita pergi bercutiiii...
moh kita pegi bercutiiiii...hahhaaha =D

Tuesday, 3 September 2013

Tanggal 31 Ogos NEGARAKU MERDEKA



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Thursday, 29 August 2013

MELAKA BUMI BERTUAH & PENGENALAN MELAKA



(MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH)

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit. Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan. Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia. 



Tuesday, 27 August 2013

SEJARAH MELAKA NEGERIKU SAYANG


PENEROKAAN PARAMESWARA

  • Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar
  • Kesultanan Melaka adalah kedudukan yang istimewa dan penting dalam sejarah Malaysia
  • Melaka merupakan tempat di mana Portugis, Belanda dan juga British memainkan peranan dalam melakar sejarah
Melaka muncul sebagai kuasa perdagangan maritim hasil kerja Parameswara dan pengikutnya dan berkembang sebagai pengkalan kapal dari pusat pertukaran barang dagangan.

PENJAJAHAN DAN KEGEMILANGAN MELAKA

  • TAHUN 1511
    • Portugis
  • TAHUN 1641
    • Belanda
  • TAHUN 1795
    • British
  • TAHUN 1826
    • Kompeni Hindia Timur British
  • TAHUN 1942
    • Jepun
  • TAHUN 1945
    • British
  • TAHUN 1948
    • Serangan Komunis
  • TAHUN 1956
    • Pengisytiharan Hari Kemerdekaan
  • TAHUN 1951
    • Malaysia mencapai Kemerdekaan
  • TAHUN 1989
Melaka di isytiharkan sebagai Bandaran Bersejarah pada 15 APRIL


LAGU MELAKA KEBANGGAANKU


"MELAKA MAJU JAYA"

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat Tumpah Darah Kita
Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
Untuk Maju Dan Jaya
Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
Berikrar Taat Setia
Jujur Berkhidmat Setiap Masa
MELAKA MAJU JAYA