Tuesday, 22 October 2013

SEJAK PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH DIKENALI RAMAI

HYE SEMUA.....


Ape kabo you all..yg paling terakhir aqu menulis kat dalam Blog ni adalah mengenai PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH.Ok kite flash back again ea..
kan aqu dah bilang yang Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh telah mengharumkan nama dalam ANUGERAH BELIA NEGARA 2013 Kategori Pertubuhan Belia..
Sekarang ni aqu nak cerita sejak Belia itu memenangi anugerah itu ramai persatuan-persatuan yang lain ingin melawat tempat kami...terlalu ramai kunjungan mesra yang kami terima & kami amat bersyukur menerima para-para tetamu semua...

ANTARA PIALA KEMENANGAN 

LAWATAN PERSATUAN LAIN

 AKTIVITI PERSATUAN


 INI SEMUA ANTARA KERATAN AKHBAR

OKlah cukup lah untuk hari ini.lagipon aqu masih banyak kerja yang perlu dibuat..
lain kali ade masa aqu coretkan lagu ok =D


Monday, 7 October 2013

PERSATUAN BELIA MAYC SIMPANG BEKOH


HYE U ALL

Kat sini nak kongsi sikit tentang pengalaman aku sepanjang di dalam berpersatuan ni..
Sebenarnya aku adalah salah seorang ahli dalam PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH..Persatuan MAYC adalah satu semangat dalam kehidupanku..sejak aku menyertai @ lebih erti kata lain lagi kehidupanku banyak berubah..contohnya aku lebih mengenali dunia luar n mengenali orang ramai yang tak pernah ku kenali selama ini.
Boleh di katakan kejayaan aku sekarang ini adalah tempias dari PERSATUAN MAYC itu sendiri..
PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH telah ditubuhkan sejak 10 tahun lagi..Sejak di tubuhkan PERSATUAN ini amatlah aktif dengan aktiviti yang boleh dikatakan setiap bulan pasti ade jer yang akan dilakukan..



Sejak penubuhan PERSATUAN BELIA (MAYC) SIMPANG BEKOH ini sudah banyak kemenangan yang telah kami perolehi antara satu adalah seperti NAIB JOHAN dalam KATEGORI PERTUBUHAN BELIA di dalam ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012.manakala pada tahun 2013 pula Persatuan kami telah memenangi  & di nobatkan sebagai JOHAN dalam KATEGORI PERTUBUHAN BELIA di dalam ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2013.Dan saat yang paling manis sekali sehingga membanggakan & mengharumkan nama Negeri Melaka adalah Kemenangan kami JOHAN PERINGKAT ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2013 di dalam KATEGORI PERTUBUHAN BELIA..Yang paling manis adalah kami mendapat kejuaraan itu di saat Persatuan kami genap mencapai 10 tahun penubuhannya...itulah saat yang paling tak boleh dilupakan sehingga kini..






Diriku juga telah di nobatkan sebagai BELIAWANIS HARAPAN bagi tahun 2013..
dengan itu membuatkanku bertambah semangat untuk terus berusaha & memajukan diri..




Thursday, 5 September 2013

JOM CUTI-CUTI MALAYSIA




HELLO U ALL
Selamat Pagi CIKGUUUU...hehehe dah mcm Upin Ipin lak..huhu
good Morning n Salam satu Malaysia..
ok meh jom kita TEROPONG tempat-tempat yang INDAH DI MALAYSIA..
mana tahu klu ade yang berkenan bole kita GO TO HOLIDAY..hehe


































cantik kan semua tempat-tempat ni ape lagi moh kita beramai-ramai meriahkan tempat ni.
rugi sape yang tak pernah jejak kan kaki ke tempat yang indah di Malaysia..
tak semestinya klu kita nak pegi bercuti mesti ke luar Negara aje di tanah air kita sendiri pon dah cukup menarik untuk menenangkan fikiran n minda..
so moh kita pergi bercutiiii...
moh kita pegi bercutiiiii...hahhaaha =D

Tuesday, 3 September 2013

Tanggal 31 Ogos NEGARAKU MERDEKA



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Thursday, 29 August 2013

MELAKA BUMI BERTUAH & PENGENALAN MELAKA



(MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH)

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit. Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan. Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia. 



Tuesday, 27 August 2013

SEJARAH MELAKA NEGERIKU SAYANG


PENEROKAAN PARAMESWARA

  • Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar
  • Kesultanan Melaka adalah kedudukan yang istimewa dan penting dalam sejarah Malaysia
  • Melaka merupakan tempat di mana Portugis, Belanda dan juga British memainkan peranan dalam melakar sejarah
Melaka muncul sebagai kuasa perdagangan maritim hasil kerja Parameswara dan pengikutnya dan berkembang sebagai pengkalan kapal dari pusat pertukaran barang dagangan.

PENJAJAHAN DAN KEGEMILANGAN MELAKA

  • TAHUN 1511
    • Portugis
  • TAHUN 1641
    • Belanda
  • TAHUN 1795
    • British
  • TAHUN 1826
    • Kompeni Hindia Timur British
  • TAHUN 1942
    • Jepun
  • TAHUN 1945
    • British
  • TAHUN 1948
    • Serangan Komunis
  • TAHUN 1956
    • Pengisytiharan Hari Kemerdekaan
  • TAHUN 1951
    • Malaysia mencapai Kemerdekaan
  • TAHUN 1989
Melaka di isytiharkan sebagai Bandaran Bersejarah pada 15 APRIL


LAGU MELAKA KEBANGGAANKU


"MELAKA MAJU JAYA"

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat Tumpah Darah Kita
Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
Untuk Maju Dan Jaya
Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
Berikrar Taat Setia
Jujur Berkhidmat Setiap Masa
MELAKA MAJU JAYA

A Day Trip to Malacca, Malaysia's UNESCO World Heritage City



NI SALAH SATU VIDEO YANG MENARIK SEWAKTU MELAWAT MELAKA..HEHE

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG




INI ANTARA LAGU YANG POPULAR DI MELAKA..BEST GILER LAGU NI RUGI KALAU TAK DENGAR..HAHAHA

MELAWAT MELAKA SEPERTI MELAWAT DUNIA

Hye semua di SINI SEGALANYA BERMULA..
hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai keindahan Melaka..
Melaka sebuah negeri peninggalan penjajah..
sekiranya anda melawat Melaka bererti anda melawat DUNIA..
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH..
bangga siut apabila menjadi anak jati Melaka ni..haha ayat poyo dah keluar ;)
sebenar Melaka ni ramai pelancong yang akan berkunjung bagi setiap tahun..

ini salah satu gambar yang aku ambek kat tempat bersejarah tu..masa tu kami jejalan sambil cuci mata..haha
dah macam model lak kami kan..hehe jgn marah ok
time untuk berposing ok..hehehe.peace yo
ni pulak meriam peninggalan para penjajah..skg dah jadi tempat utk berposing lak..hehe

hehehe...posing bersama my family lak
cantik tak kereta ni?? ni salah satu kereta zaman dulu yg selalu menjadi perhatian.

Ape lagi mari ramai-ramai melawat negeri yang bersejarah ni..tak rugi pon klu anda semua datang ke negeri ku sayang bandar teknologi hijau..hehehe.saje nak promosi untuk sesuke jer..hahhaa




KiNi HaNya TiNGgal kEnaNGAN

A 'FAMOSA
Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalambahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.




BANGUNAN STADHUYS


 'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.


MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA


Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini telah mula dibina pada bulan Oktober 1984 dan siap menjelang pada tahun 1986. Replika Istana ini adalah berdasarkan kepada pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari tahun 1456-1477. Pembukaan rasmi istana ini telah dilangsungkan pada 17 Julai 1986 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina di atas tanah seluas 0.7 hektar yang menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. Reka bentuknya mengenegahkan kehalusan seni ukiran  corak bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Selain sebagai replika Istana Kesultanan Melaka, ia juga berfungsi sebagai Muzium Budaya yang pertama seumpanya di Malaysia. Replika ini juga dikenali sebagai Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.Menurut sejarah Melayu, replika ini mempunyai lebih kurang 1350 item dalam bilik artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Istana ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu. Namun bagi tujuan pembinaan replika ini, rekabentuknya telah diperkecilkan untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar replika istana ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.Istana ini mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang berukuran 75 meter dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekebentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Istana ini mempunyai tiga tingkat yang dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri. Pada tingkat pertama, diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat tiga pula sebagai tempat simpanan khazanah.Selain it, ketiga-tiga tingkat ini memuatkan bahan-bahan pameran seperti bilik Pancaragan Diraja, senjata api, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi dan dewan islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hnag Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata melayu, pakaian perkahwinan tradisional melayu, barangan kemas dan barangan Loyang.



Monday, 26 August 2013

MeLAkA NeGeriku SayANg Bandar TekNOlogi HijAU

KEGEMILANGAN & SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA


Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.
Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh Tentera Acheh.

Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mereka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarahwan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.


h



   Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.     Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.