KEGEMILANGAN & SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.
Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh Tentera Acheh.
Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mereka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarahwan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
h
Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan. Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment