Thursday, 29 August 2013
Tuesday, 27 August 2013
SEJARAH MELAKA NEGERIKU SAYANG
PENEROKAAN PARAMESWARA
- Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar
- Kesultanan Melaka adalah kedudukan yang istimewa dan penting dalam sejarah Malaysia
- Melaka merupakan tempat di mana Portugis, Belanda dan juga British memainkan peranan dalam melakar sejarah
PENJAJAHAN DAN KEGEMILANGAN MELAKA
- TAHUN 1511
- Portugis
- TAHUN 1641
- Belanda
- TAHUN 1795
- British
- TAHUN 1826
- Kompeni Hindia Timur British
- TAHUN 1942
- Jepun
- TAHUN 1945
- British
- TAHUN 1948
- Serangan Komunis
- TAHUN 1956
- Pengisytiharan Hari Kemerdekaan
- TAHUN 1951
- Malaysia mencapai Kemerdekaan
- TAHUN 1989
LAGU MELAKA KEBANGGAANKU
"MELAKA MAJU JAYA"
Melaka Negeri Bersejarah
Tempat Tumpah Darah Kita
Dijunjung Dengan Sepenuh Jiwa
Untuk Maju Dan Jaya
Rakyat Melaka Sudah Bersatu Padu
Berikrar Taat Setia
Jujur Berkhidmat Setiap Masa
MELAKA MAJU JAYA
A Day Trip to Malacca, Malaysia's UNESCO World Heritage City
NI SALAH SATU VIDEO YANG MENARIK SEWAKTU MELAWAT MELAKA..HEHE
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
INI ANTARA LAGU YANG POPULAR DI MELAKA..BEST GILER LAGU NI RUGI KALAU TAK DENGAR..HAHAHA
MELAWAT MELAKA SEPERTI MELAWAT DUNIA
Hye semua di SINI SEGALANYA BERMULA..
hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai keindahan Melaka..
Melaka sebuah negeri peninggalan penjajah..
sekiranya anda melawat Melaka bererti anda melawat DUNIA..
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH..
bangga siut apabila menjadi anak jati Melaka ni..haha ayat poyo dah keluar ;)
sebenar Melaka ni ramai pelancong yang akan berkunjung bagi setiap tahun..
hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai keindahan Melaka..
Melaka sebuah negeri peninggalan penjajah..
sekiranya anda melawat Melaka bererti anda melawat DUNIA..
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH..
bangga siut apabila menjadi anak jati Melaka ni..haha ayat poyo dah keluar ;)
sebenar Melaka ni ramai pelancong yang akan berkunjung bagi setiap tahun..
ini salah satu gambar yang aku ambek kat tempat bersejarah tu..masa tu kami jejalan sambil cuci mata..haha
dah macam model lak kami kan..hehe jgn marah ok
time untuk berposing ok..hehehe.peace yo
ni pulak meriam peninggalan para penjajah..skg dah jadi tempat utk berposing lak..hehe
hehehe...posing bersama my family lak
cantik tak kereta ni?? ni salah satu kereta zaman dulu yg selalu menjadi perhatian.
Ape lagi mari ramai-ramai melawat negeri yang bersejarah ni..tak rugi pon klu anda semua datang ke negeri ku sayang bandar teknologi hijau..hehehe.saje nak promosi untuk sesuke jer..hahhaa
KiNi HaNya TiNGgal kEnaNGAN
A 'FAMOSA
Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalambahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.
BANGUNAN STADHUYS
'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini telah mula dibina pada bulan Oktober 1984 dan siap menjelang pada tahun 1986. Replika Istana ini adalah berdasarkan kepada pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari tahun 1456-1477. Pembukaan rasmi istana ini telah dilangsungkan pada 17 Julai 1986 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina di atas tanah seluas 0.7 hektar yang menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. Reka bentuknya mengenegahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Selain sebagai replika Istana Kesultanan Melaka, ia juga berfungsi sebagai Muzium Budaya yang pertama seumpanya di Malaysia. Replika ini juga dikenali sebagai Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.Menurut sejarah Melayu, replika ini mempunyai lebih kurang 1350 item dalam bilik artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Istana ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu. Namun bagi tujuan pembinaan replika ini, rekabentuknya telah diperkecilkan untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar replika istana ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.Istana ini mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang berukuran 75 meter dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekebentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingannya yang tersendiri.Istana ini mempunyai tiga tingkat yang dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri. Pada tingkat pertama, diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat tiga pula sebagai tempat simpanan khazanah.Selain it, ketiga-tiga tingkat ini memuatkan bahan-bahan pameran seperti bilik Pancaragan Diraja, senjata api, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi dan dewan islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hnag Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata melayu, pakaian perkahwinan tradisional melayu, barangan kemas dan barangan Loyang.
Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalambahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.
BANGUNAN STADHUYS
'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Monday, 26 August 2013
MeLAkA NeGeriku SayANg Bandar TekNOlogi HijAU
KEGEMILANGAN & SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.
Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan. Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh Tentera Acheh.
Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mereka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarahwan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
h
Subscribe to:
Posts (Atom)